Cendol Bistro

                                             CENDOL BISTRO



Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
Menurut penyuntng journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. Dia turut menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan negara di Aisa Tenggara agak tinggi sekitar 1500-an.
Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun.Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yag menyediakan cendol di serata Malaysia.
RAMUAN

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau,pulut , ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung.
Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan. Dahulunya, jeli ini diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.
   

    Cendol ini lebih istimewa apabila dimakan semasa waktu panas terik.Cendol boleh dimakan bersama durian,mangga,pulut,rambutan,manggis,nenas.Cendol juga lebih enak jika dimakan bersama cocunut shake.Harga cendol selalunya hanya RM2 hingga RM3.




Comments

  1. cendol ni mmg boek ahhh
    mmg x menyesal saya mkn haritu
    kedai dia pnya service saya bg 100 peratus

    ReplyDelete

Post a Comment